dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Kampung Semuba, Kelantan
  • Utama
    • Mengenai PI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Kelas Keusahawanan

8 April 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 7 April 2019 yang lalu, Pusat Internet Kg. Semuba telah menganjurkan kelas keusahawanan untuk komuniti Kg Semuba. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk membantu para usahawan mengembangkan perniagaan mereka dengan pengetahuan baru. Selain itu, ia juga bertujuan untuk mendedahkan teknik yang boleh digunakan oleh para usahawan di dalam pemasaran dalam talian dengan berkesan.

Peserta diberi penerangan dan tunjuk ajar mengenai asas Keusahawanan secara terperinci. Peserta juga dikehendaki membuat perbincangan supaya memberi idea-idea untuk peningkatan dalam jualan setiap produk dan kemudian membentangkan hasil perbincangan tersebut. Tujuan utama kelas ini diadakan adalah untuk menggalakkan komuniti setempat untuk menceburi bidang keusahawanan. Harapan kami agar program ini dapat memberi manfaat kepada mereka untuk memajukan perniagaan.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas

© 2014 - 2019 Semua Hakcipta Terpelihara.