Orientasi Pelajar Ekelas Tingkatan 1,2 & 3 anjuran bersama Maxis

10 Januari 2016 | Aktiviti Terkini

Pada 9 Januari 2016, Sabtu, Pusat Internet 1 Malaysia Kg Semuba telah mengadakan satu Program Orientasi bersama pelajar Ekelas. Program ini disertai oleh 35 orang pelajar dan 4 orang sukarelawan dari pihak Maxis.Tujuan program ini dijalankan adalah untuk memperkenalkan kepada pelajar tentang EKelas yang bakal dilanjutkan lagi pada tahun ini. Seperti yang kita maklum pada tahun lepas Ekelas telah dijalankan di Pusat Internet ini pada bulan September dan pada kali ini, Maxis sekali lagi mengalu-alukan kedatangan pelajar serta ibu bapa untuk menyertai EKelas pada tahun ini di PI1M Semuba. Banyak interkatif aktiviti yang diperkenalkan oleh Sukarelawan Maxis. Antaranya ialah, memilih ketua kelas menggunakan gambar-gambar yang menarik untuk mewakili mereka, membuat peraturan ketika berada di dalam kelas.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas